Oppo Find X3 Pro Boleh Didapati Di Malaysia Pada Harga RM4299

Diterbitkan pada Mac 25, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setelah dilancarkan di China tempoh hari, kini Oppo Find X3 Pro mula ditawarkan untuk pengguna di Malaysia pula. Ia merupakan peranti mercu terkini daripada Oppo yang didatangkan dengan rekaan tubuh unik bersama spesifikasi dalaman yang menarik.

Bagi yang berminat, Oppo Find X3 Pro dijual pada harga RM4,299 dengan dua pilihan variasi warna menarik Gloss Black atau Blue. Sesi pra-tempahan dibuka bermula hari ini – 8 April 2021, dan seterusnya akan dijual di pasaran bermula 9 April 2021.

Setiap pembelian akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,935 – yang terdiri dengan OPPO Enco X, Wireless Charger, Kevlar Phone Case, perkhidmatan cloud HeyTap selama 1 tahun dengan storan percuma 1TB dan jaminan pelindungan skrin serta lanjutan jaminan juga selama 1 tahun.

Rekaan Panel Belakang Oppo Find X3 Pro

Untuk spesifikasi, Oppo Find X3 Pro didatangkan dengan paparan berukuran 6.7-inci AMOLED WQHD+ dengan kadar segar semula 120Hz adaftif. Seterusnya, ia juga dijana cip Snapdragon 888, memori 12GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri berkapasiti 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 65W. Tidak ketinggalan, ia juga menyokong pengecasan nirwayar AirVOOC 30W dan pengecasan berbalik 10W.

Di samping itu, ia juga disertakan dengan sokongan kamera yang unik pada bahagian belakang. Melaluinya, ia menempatkan kamera lensa lebar 50MP, lensa ultra sudut lebar 50MP, telefoto 13MP dan mikro 3MP. Sementara itu, kamera swafoto pula sebesar 32-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pelindungan IP68, antaramuka ColorOS 11.2 berasaskan Android 11, pengimbas cap jari pada skrin dan banyak lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami