TheNoor Bakal Memperkenalkan Noor Infinite – Radio Penstriman Langsung 24 Jam

TheNoor Bakal Memperkenalkan Noor Infinite – Radio Penstriman Langsung 24 Jam

Diterbitkan pada Mac 25, 2021 oleh .

Aplikasi TheNoor telah diperkenalkan sekitar awal Januari lalu dan ia dibangunkan oleh oleh selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor. Aplikasi ini juga sudah boleh dimuat-turun menerusi Google Play Store dan juga AppStore.

Dalam usaha terus memberi yang terbaik buat pengguna, aplikasi ini dilihat bakal menerima sejumlah kemaskini fungsi baharu tidak lama lagi. Antara fungsi yang akan ditawarkan termasuklah – Noor Infinite yang merupakan penstriman radio secara langsung sepanjang hari. Seterusnya, sokongan widget lebih kemas dengan rekaan lutsinar, tambahan koleksi doa serta zikir harian dan kebolehan untuk berkongsi atau menanda sebarang bacaan ayat al-Quran yang diingini.

Di samping itu, aplikasi ini turut akan dikemaskini dengan pilihan bahasa baharu – iaitu bahasa Turki. Menurut pihak TheNoor, kesemua ciri baharu yang dikongsikan ini akan diberikan tidak lama lagi. Tarikh sebenar ia akan diaktifkan kepada pengguna masih belum dikongsi.

Muat-Turun TheNoor untuk iPhone

Muat-Turun TheNoor untuk Android


Paling Popular