Carian
TnG eWallet Mula Memperkenalkan Ciri GO+ Secara Berperingkat – Ciri Pelaburan Untuk Menjana Pendapatan Terus Pada Dompet Digital
March 25, 2021 Aman

Touch n Go eWallet kini dilihat telah mula memperkenalkan sebuah ciri baharu pada dompet digital mereka secara berperingkat, dinamakan GO+.

Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat untuk beberapa pengguna sahaja – dan dijangka diperkenalkan kepada semua dalam beberapa hari lagi berdasarkan kepada kiraan yang diperlihatkan pada halaman utama aplikasi berkenaan.

Melalui penerangan pihak Touch n Go eWallet, ciri GO+ ini diperkenalkan dengan kerjasama pihak Principal Asset Management Berhad, yang membolehkan pengguna untuk menjana dana tambahan melalui baki dalam akaun.

Seperti ramai sedia maklum, pengguna sedia membuat tambah-nilai ke akaun dompet digital masing-masing, dan dengan ciri ini, ia membolehkan pengguna untuk menjana pendapatan tambahan melaluinya – dan seterusnya menggunakan ia untuk perbelanjaan atau memindahkan ia ke akaun bank. Pulangan untuk pelaburan dilihat mungkin berubah mengikut pasaran semasa, dan ia turut dinyatakan ia tidak mesra Shariah.

GO+ buat masa ini ditawarkan untuk pengguna berumur 18 tahun dan ke atas, serta perlu melalui pengesahan identiti sebelum dapat menyertainya.

Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat, dan dijangka diperkenalkan kepada semua dalam beberapa hari lagi. Bagi anda sendiri, adakah anda telah menerimanya?

Komen