Carian
PETRONAS Menjadi Syarikat Pertama Dunia Menghasilkan LNG Dari Dua Fasiliti Terapung
March 26, 2021 Effi Saharudin

PETRONAS ialah satu-satunya syarikat tempatan yang termasuk dalam senarai syarikat Fortune 500. Sejak 1974, ia mengibarkan bendera negara di persada antarabangsa dan kini dikenali ramai kerana kerjasama dengan Mercedes AMG dalam perlumbaan F1. Minggu ini PETRONAS sekali lagi melakar sejarah dunia apabila menjadi syarikat pertama menghasilkan gas asli cecair (LNG) dari dua fasiliti pemprosesan terapung.

Pada 24 Mac lalu, platform terapung PETRONAS Floating LNG DUA (PFLNG DUA) berjaya memindahkan kargo LNG ke kapal pengangkut LNG Seri Camar. Ini menjadikan PETRONAS syarikat pertama berjaya memproses LNG dari platform terapung selepas juga menjadi syarikat pertama menghasilkan LNG dari platform pertama mereka PFLNG SATU pada tahun 2016.

PFLNG Dua mampu menghasilkan 1.5 juta tan LNG setahun dari kedalaman 1300 meter. Ia kini berada di medan gas Block H Rotan yang terletak 140 kilometer di perairan Sabah. Platform memproses LNG terapung dibangunkan oleh PETRONAS untuk mengakses bekalan gas yang terletak di lautan dalam dan selama ini sukar untuk dilombong. Ia juga dilihat sebagai sistem yang lebih lestari dan menjimatkan kos berbanding sistem perlombongan LNG sebelum ini.

Komen