Spotify Mengemaskini Aplikasi Desktop – Kini Mirip Aplikasi Telefon Pintar

Spotify Mengemaskini Aplikasi Desktop – Kini Mirip Aplikasi Telefon Pintar

Diterbitkan pada Mac 26, 2021 oleh .

Spotify telah mengemaskini aplikasi desktop mereka untuk PC dan Mac hari ini bagi memberikan pengalaman yang sama pada kesemua sistem operasi yang digunakan oleh pengguna. Perubahan paling besar ialah pada muka depan yang menu Home yang disusun semula. Ia akan memaparkan kandungan yang paling relevan dengan tabiat pengguna seperti artis kegemaran dan saranan senarai main. Kotak carian Search dipindahkan ke bahagian kiri skrin dan tidak lagi di atas.

Menghasilkan senarai main juga lebih mudah kerana boleh dilakukan dengan aksi drag and drop sahaja. Pengguna juga boleh menyusunkan semula lagu yang telah dimasukkan ke dalam senarai giliran dan melihat lagi yang telah dimainkan sebelum ini menerusi ciri Recently di aplikasi desktop. Akhir sekali pelanggan Premium boleh memuat turun lagu dan podcast ke komputer untuk menikmatinya kemudian di luar talian.

Spotify akan memberikan kemas kini ini secara berperingkat kepada pengguna PC dan Mac dalam minggu-minggu mendatang.


Paling Popular