ByteDance adalah syarikat yang hadir dengan aplikasi popular, TikTok. TikTok menarik minat orang ramai sehingga berjaya memperoleh keuntungan yang tinggi. Ini membuatkan syarikat teknologi lain berminat untuk membeli TikTok seperti Walmart, Oracle dan Microsoft, tetapi masih tiada kata putus. Walaupun ada banyak isu, TikTok masih menjadi aplikasi media sosial berjaya.
Malahan, baru-baru ini mereka turut mengambil-alih Moonton iaitu syarikat di sebalik permua popular Mobile Legends. Terkini Presiden Antarabangsa Xiaomi – Shou Zi Chew, telah keluar dari Xiaomi dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan ByteDance. Shou Zi Chew yang berasal dari Singapura akan kembali ke negara tersebut untuk menyertai ByteDance. Beliau telah berkhidmat dengan Xiaomi sejak 2015 dan kini akan menggunakan bakat beliau untuk menjayakan ByteDance pula.
ByteDance baru sahaja membuka IPO (Tawaran Awam Awal) di Hong Kong, jadi mungkin tugas Shou Zi Chew kelak akan memastikan semuanya berjalan dengan lancar.