Renault Akan Hanya Mengeluarkan Trak Elektrik Menjelang 2040

Diterbitkan pada Mac 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kenderaan elektrik ialah trend automotif terkini selepas Tesla membuktikan terdapat pasaran untuk kenderaan yang lebih mesra alam jika dibandingkan dengan kenderaan bahan api fosil. Setakat ini syarikat seperti Ford, Toyota, Bentley dan Jaguar sudah menyasarkan akan hanya mengeluar kenderaan elektrik dalam masa beberapa dekad saja lagi. Renault Trucks kini turut tidak mahu ketinggalan dan akan menghentikan pengeluaran trak bahan api fosil menjelang 2040.

Mereka akan menawarkan trak dengan pilihan elektrik atau konvensional pada kesemua segmen menjelang 2023. Pada taun 2030 pula, mereka menyasarkan 35% trak yang dijual adalah elektrik sebelum berubah ke elektrik sepenuhnya pada tahun 2040. Trak yang dihasilkan kelak akan menggunakan kuasa sel hidrogen yang pada waktu ini dilihat mampu memberikan jarak operasi lebih jauh berbanding bateri serta tidak memerlukan masa pengecasan yang lama.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami