Cari @ Amanz

Xiaomi : Kekurangan Cip Mungkin Membawa Kepada Peningkatan Harga Jualan

Oleh Aman

Link Copied!

Presiden Xiaomi, kini dipetik mengatakan yang mana kekurangan cip pada peringkat global kini membawa kepada peningkatan kos jualan produk mereka. Ini sekaligus mungkin membawa kepada peningkatan harga jualan produk-produk mereka.

Xiaomi mengatakan mereka akan terus mengoptimasikan harga kos, dan memmastikan penawaran harga yang terbaik untuk para pengguna. Apa pun, dalam beberapa keadaan, kadang-kala peningkatan kos terpaksa membawa kepada peningkatan harga jualan peranti mereka.

Sejak daripada tahun lepas, disebabkan beberapa faktor termasuk Covid-19, halangan terhadap beberapa syarikat teknologi China, dan beberapa yang lain – ia telah membawa kepada kekurangan bekalan oleh industri semikonduktor, sekaligus memberikan kesan kepada pelbagai industri, termasuk pengeluaran peranti pintar dan komputer.

Sebelum ini, Qualcomm turut menyasarkan yang mana ia agak sukar untuk memenuhi permintaan pelbagai pengeluar peranti di seluruh dunia.


Komen ()