Cari @ Amanz

Yes Tawar 40GB Data Percuma Kepada Golongan B40 Bermula Hari Ini

Link Copied!

Sedia maklum, YES merupakan salah satu penyelia talian telekomunikasi tempatan di bawah YTL Communications dan ia menawarkan perkhidmatan 4G LTE menerusi perkhidmatan mereka. Terkini, YES berkongsi perkhabaran gembira menerusi satu hantaran di Facebook, sebentar tadi.

Melaluinya, YES memaklumkan mereka kini hadir dengan pelan prabayar Yes Kasi Up B40 yang menawarkan data percuma sehingga 40GB khusus buat golongan B40. Bukan itu sahaja, pelan ini juga menawarkan akses panggilan dan SMS tanpa had kesemua nombor YES. Tetapi, caj sebanyak RM0.09/minit akan dikenakan untuk panggilan atau SMS yang dihantar ke rangkaian berbeza. Dalam pada itu, masa penggunaannya adalah selama 60 hari lamanya.

Semakan kelayakan, boleh dibuat dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda pada pautan ini. Kemudiannya, proses permohonan pula boleh dibuat dengan cara hanya melengkapkan beberapa butiran penting di laman rasmi pelan ini. Sebagai alternatif, ia juga boleh dibuat menerusi aplikasi MyYES. Setiap transaksi yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak YES menerusi e-mel yang berdaftar.

Untuk makluman, penawaran ini terbuka kepada semua termasuklah pengguna sedia ada atau baru. Lebih menariknya, pelanggan baru akan menerima SIM yang akan terus dihantar ke rumah oleh pihak YES.


Komen ()