Project Hazel Ialah Topeng Muka N95 Guna-Semula Razer Dengan Sistem Pencahayaan RGB

Diterbitkan pada Mac 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada bulan Januari lepas, sewaktu acara CES di Las Vegas, diantara produk yang diperkenalkan oleh Razer ialah sebuah topeng muka boleh-guna semula yang N95 yang hadir dengan sistem pencahayaan RGB yang dinamakan Project Hazel.

Razer Project Hazel

Terkini, ia dilaporkan bahawa fasa pembangunan topeng ini telahpun berakhir, dan rekaan topeng Project Hazel ini telahpun dirasmikan. Sama seperti sebelum ini topeng ini hadir dengan penuras N95 di bahagian kiri dan kanan pipi dimana ia juga mempunyai jalur LED RGB yang boleh digunakan untuk menerangkan bahagian dalam topeng ini, dimana rangkanya diperbuat daripada plastik separa lutsinar.

Lebih menarik lagi, bahagian penuras tersebut digunakan juga sebagai pembesar suara kecil yang membolehkan orang mendengar suara anda dengan lebih jelas, dimana ia juga mempunyai mikrofon terbina untuk menangkap suara pengguna.

Dalam pada itu, kotak pembersihan UV juga diperlihatkan oleh Razer, dimana pengguna boleh membersihkan topeng Project Hazel ini apabila ia tidak digunakan.

Topeng ini juga hadir dengan pilihan warna perak dan hitam, tetapi buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan dijual. Setakat ini, topeng muka Project Hazel ini masih lagi perlu melepasi sejumlah besar badan-badan seperti USFDA, CDC dan sebagainya sebelum ia dijual.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami