Tahun Ini Apple Watch Tahan Lasak Mungkin Akhirnya Dilancarkan

Diterbitkan pada Mac 26, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple Watch ialah jam tangan paling popular di pasaran sekarang. Tetapi ia mempunyai satu tumit Achilles yang amat ketara dimana skrinnya besar terdedah kepada hentakan sehingga mempunyai skrin yang calar balar ialah perkara yang normal. Kini menurut laporan Bloomberg, Apple sedang mempertimbangkan Apple Watch dengan kerangka tahan lasak.

Ia akan dipasarkan seawal tahun ini atau awal 2022. Nama yang digunakan pula mungkin adalah Apple Watch Sports yang menyasarkan golongan atlet dan penggemar sukan lasak. Tubuh akan lapisan getah yang menyerap hentakan serta melindungi komponen yang mudah mengalami kerosakan.

Sekiranya dilancarkan kelak, Apple akan akhirnya mengikuti jejak Samsung dan Casio yang sudah lama memasarkan jam tangan pintar yang tahan lasak. Pada waktu ini pengguna Apple Watch mempunyai pilihan membeli kerangka tahan lasak seperti Spigen yang mengubahnya untuk kelihatan seperti seutas G-Shock.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami