Carian
AirAsia Dijangka Menyertai Arena Seru-Pandu Seawal April – Menyaingi Grab
March 27, 2021 Aman

AirAsia sejak daripada tahun lepas telah memperkenalkan beberapa perkhidmatan baharu, disamping menambah pelbagai kemudahan melalui aplikasi AirAsia.

Terbaru, AirAsia dalam perancangan untuk memperkenalkan perkhidmatan seru-pandu mereka tersendiri seawal bulan April ini.

Dengan perkhidmatan ini, ia akan memudahkan pengguna untuk membuat tempahan kenderaan untuk menuju dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Pada hari ini, pasaran perkhidmatan seru-pandu diterajui oleh Grab, dan AirAsia melihat masih terdapat ruangan besar dalam menyertainya.

Kelak, pengguna juga dijangka akan dapat membuat tempahan menyeluruh daripada penerbangan AirAsia sehinggalah ke lokasi yang dituju terus melalui perkhiidmatan seru-pandu AirAsia.

Tony Fernandes turut mengatakan Grab sedia membuka pasaran untuk perkhidmatan seru-pandu ini, dan kini kos memasuki pasaran adalah rendah.

Sebelum ini, AirAsia sedia memperkenalkan perkhidmatan tempahan makanan mereka sendiri, dinamakan AirAsia Foods.

Komen