Cari @ Amanz

Razer merupakan salah satu jenama yang dikenali ramai dengan penawaran aksesori permainan video, komputer riba, dan juga sejumlah peranti lain. Beralih kepada sebuah jenama gaya hidup, kini Razer turut telah memperkenalkan sebuah straw minuman yang boleh guna-semula.

Dinamakan sebagai Razer Reusable Straw, ia hadir dengan straw minuman dengan binaan logam, selain pembersih untuk membersihkannya. Ia turut dilengkapkan dengan bekas simpanan yang agak menarik rekaannya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan penyedut minuman atau straw ini pada harga RM99 melalui laman rasmi Razer hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd