Selain perancangan memperkenalkan Mi 11 Pro pada minggu hadapan, kini Xiaomi turut dilihat akan memperkenalkan gelang tangan pintar generasi terbaru mereka pada minggu hadapan, iaitu Mi Smart Band 6.
Seperti ramai sedia maklum, Mi Smart Band merupakan gelang tangan pintar popular yang digunakan ramai di seluruh dunia. Versi terbaru yang dijual di pasaran sejak pertengahan tahun 2020 lepas adalah MI Smart Band 5 yang akhirnya menyelesaikan masalah kemudahan untuk mengecasnya, selain beberapa ciri baharu.
Mi Smart Band 6 pula dijangka hadir dengan ciri pemantauan tahap oksigen dalam darah, dan sejumlah ciri baharu lain.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh Xiaomi.