Cari @ Amanz

Singapura mempunyai masalah kekurangan tanah kerana saiz negara yang kecil. Sejak 200 tahun lalu, saiz pulau meningkat 25% menerusi proses menambak laut tetapi ini masih tidak mencukupi kerana kekangan sempadan dua negara jirannya. Oleh itu membina ladang solar ada hampir mustahil kerana tiada ruang yang mencukupi

Penyelesaiannya ialah dengan membina ladang solar di permukaan laut. Sunseap, sebuah firma teknologi lestari dari Singapura telah memulakan operasi ladang solar di atas permukaan Selat Tebrau berhampiran Woodlands. Ia mampu menghasilkan lebih 6 juta kWh tenaga setiap tahun menggunakan 13,312 panel solar. Sunseap juga ialah firma yang turut membekalkan kuasa elektrik menggunakan panel solar kepada kesemua Apple Store di Singapura.

Ini bukan satu-satunya projek ladang solar terapung di Singapura. Lembaga Kemudahan Awam Singapura (PUB) telahpun membina sebuah lagi ladang solar terapung di kolam takungan air Tengeh sebesar 45 padang bola sepak. Apabila beroperasi tahun ini, ia akan membekalkan kuasa kepada operasi kolam-kolam takungan air di Singapura dengan janaan kuasa puncak 60 MWp.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd