Xiaomi Melancarkan “AirPower” Sebelum Apple Dan Pengecas Nirwayar 80W

Diterbitkan pada Mac 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apakah kepantasan sebenar? Bagi pihak Xiaomi ia bukan sahaja terletak pada pemproses dan skrin tetapi juga pada sistem pengecasan yang mengembalikan kuasa kepada bateri. Hari ini mereka telah melancarkan sebuah pengecas nirwayar yang lebih pantas berbanding majoriti sistem pengecasan berwayar peranti lain dan mengalahkan Apple dalam melancarkan AirPower.

Pengecas nirwayar terkini mereka menyokong pengecasan 80W yang boleh mengecas peranti dalam posisi menegak dan mendatar. Oleh itu pengguna boleh mengecas sambil menstrim kandungan yang digemari. Pengecas ini akan hadir dengan pengecas 120W di dalam kotak bagi membekalkan kuasa pengecasan yang paling optimum dan terpantas.

Tetapi yang paling menarik ialah sebuah lagi pengecas nirwayar yang mampu mengecas tiga peranti serentak tidak mengira dimana ia diletakkan. Dengan kata lain Xiaomi menghasilkan AirPower sebelum Apple mampu melancarkannya sendiri. Ini boleh dilakukan dengan meletakkan 19 gegelung pengecas pada pad pengecas yang dengan bijak mengecas peranti yang berada betul-betul di atasnya.

Di China pengecas nirwayar 80W dijual pada harga RMB 499 (~RM315) dan pengecas nirwayar tiga peranti serentak pula pad hara RMB 599 (~RM 378). Kerana ia menyokong format Qi, ia turut boleh digunakan untuk mengecas peranti Android lain dan iPhone.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami