Huawei Band 6 Akan Dijual Di Malaysia Bermula 4 April – Berharga RM219

Huawei Band 6 Akan Dijual Di Malaysia Bermula 4 April – Berharga RM219

Diterbitkan pada Mac 29, 2021 oleh .

Huawei Malaysia kini telah mengumumkan penawaran gelang tangan pintar Huawei Band 6 untuk pasaran Malaysia. Ia akan dijual bermula 4 April 2021 kelak, dan ditawarkan pada harga RM219.

Huawei Band 6 hadir dengan skrin 1.47-inci AMOLED berwarna, dilengkapi masa bertahan bateri sehingga 14 hari lamanya, menyertakan pengimbas nadi dan juga pemantau SpO2, selain menyertakan sehingga 96 mod senaman berbeza untuk memastikan kecergasan penggunanya.

Huawei Band 6 juga turut menawarkan ciri pemantauan kitaran haid.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Huawei Band 6 bermula 4 April ini pada harga RM219 melalui platform edagang seperti Huawei Store dan Shopee.


Paling Popular