Carian
Touch ’n Go eWallet Memperkenalkan GO+ – Ciri Pelaburan Terbina, Tidak Patuh Syariah
March 29, 2021 Aman

Touch ’n Go eWallet hari ini telah memperkenalkan ciri pelaburan secara terbina pada dompet digital berkenaan, membolehkan pengguna melabur serendah RM10 dan menerima pulangan setiap hari.

Ciri pelaburan ini dinamakan GO+, dan ditawarkan kepada semua pengguna  tempatan TNG eWallet, dan perlu melalui proses pengesahan sebelum dapat memulakan pelaburan.

Dengan langkah ini, ia sekaligus membolehkan pengguna untuk menjana pendapatan harian melalui baki dompet digital mereka.

Apa pun, untuk makluman, ciri pelaburan ini adalah tidak mesra syariah. Bercakap mengenainya, pihak TNG eWallet mengatakan ini hanya permulaan, dan mereka sedang mengkaji untuk pengenalan ciri pelaburan mesra syariah pada masa akan datang.

Komen