Carian
Kedua-Dua Spesis Gajah Afrika Kini Dikategorikan Sebagai Terancam
March 29, 2021 Effi Saharudin

Terdapat dua spesis gajah di benua Afrika. Gajah savana Afrika adalah lebih besar dengan gading yang melengkung manakala gajah hutan Afrika pula lebih gelap dan kecil. Walaupun berbeza spesis, kedua-duanya kini dikategorikan sebagai terancam oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCM) minggu lalu.

Gajah savana Afrika dikategorikan sebagai terancam sahaja manakala gajah hutan Afrika pula dikategorikan sebagai terancam kritikal kerana pemburuan haram. Populasi gajah savana didapati telah menyusut sebanyak 50% dalam masa tiga generasi (75 tahun). Situasi lebih kritikal untuk gajah hutan Afrika kerana populasi telah menyusut 80% dalam masa tiga generasi (93 tahun). Yang lebih merisaukan ialah IUCM mengatakan data mereka sebenarnya lebih optimis dari situasi sebenar kerana kesukaran untuk mengagak jumlah populasi gajah-gajah Afrika di dunia sebenar.

Sementara itu gajah Asia juga berkongsi nasib dengan gajah savana Afrika kerana populasi menyusut sebanyak 50% dalam masa 75 tahun. Ia telahpun pupus di Syria, Iraq dan kepulauan Jawa. Di negara kita pula kerap dilaporkan insiden gajah dibunuh di Sabah dan gajah dilanggar di Kelantan kerana cuba melintas jalan. J

Komen