Pendaftar Untuk Fasa Ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Mungkin Didahulukan Jika Pendaftaran Fasa Kedua Rendah

Diterbitkan pada Mac 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang telah kami laporan hari ini, fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan bermula pada 19 April hadapan untuk golongan-golongan yang berisiko. Setakat ini hanya 2 juta individu yang jatuh dalam kategori ini telahpun mendaftar. Khairy Jamaluddin dalam sidang media perkembangan terkini PICK sebentar tadi berkata kerajaan mungkin mendahulukan individu yang sepatutnya menerima vaksin di fasa ketiga sekiranya pendaftaran fasa kedua masih rendah.

Setakat ini hanya 7 juta yang bersamaan hanya 30% sasaran imunisasi negara telah mendaftar untuk menerusi MySejahtera. Selangor ialah negeri dengan jumlah vaksinasi tertinggi setakat ini dengan 75,317 individu, diikuti Perak (59,305), Sarawak (57,034), Sabah (52,223) dan Kuala Lumpur (50,512).

Sekiranya anda jatuh ke dalam kategori kedua dan belum melakukan pendataran, anda masih boleh mendaftar  menerusi aplikasi MySejahtera, portal vaksincovid.gov.my dan talian hotline 1800-888-828. Penjaga juga sudah boleh mendaftarkan tanggungan mereka menggunakan aplikasi sejak dua minggu lalu. Maka segeralah mendaftar sekiranya anda mahu beraya bersama keluarga tahun ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami