Fitbit Ace 3 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Harga Hanya RM328

Fitbit Ace 3 Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Harga Hanya RM328

Diterbitkan pada Mac 29, 2021 oleh .

Fitbit Ace 3 telah dilancarkan secara rasmi sekitar awal bulan lalu dan ia merupakan seutas penjejak kesihatan yang menyasarkan pengguna berusia 6 tahun ke atas. Akhirnya, ia sudah boleh dibeli di Malaysia hari ini dengan harga hanya RM328. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi sejumlah platform berbeza termasuklah di laman Lazada dan juga Shopee.

Untuk spesifikasi, Fitbit Ace dilengkapi skrin PMOLED dengan tubuh dan tali yang diperbuat daripada bahan silikon. Seterusnya, ia juga dilengkapi sejumlah sensor terbina untuk pemantauan dan aktiviti tambahan seperti kebolehan menjejak jumlah tapak, pemantauan corak tidur dan beberapa aktiviti sukan. Meskipun, Fitbit Ace 3 dilengkapi pengimbas nadi tetapi ianya tidak boleh diaktifkan.

Spesifikasi lain termasuklah – kemampuan kalis air sehingga 50 meter, ketahanan bateri sehingga 8 hari, Bluetooth 4.2, notifikasi telefon pintar, kebolehan ibu bapa menghantar peringatan kepada anak dan sebagainya. Terdapat dua pilihan variasi warna yang tersedia – iaitu Black+Sport Red dan Cosmic Blue+Astro Green. 

Beli : Fitbit Ace 3 Di Lazada

Beli : Fitbit Ace 3 Di Shopee


Paling Popular