Cari @ Amanz

Sepanjang pandemik ini norma baharu ialah bekerja dari rumah. Sepanjang tempoh PKP kelemahan sambungan Internet di rumah mula disedari terutamanya apabila terdapat lebih dari satu peranti bersambung kepada rangkaian WiFi. Hari ini Xiaomi AX9000 telahpun dilancarkan dan ia adalah sebuah penghala berprestasi tinggi.

Ia menyokong protokol WiFi-6 sehingga kelajuan 4804 Mbps. Dengan 12 antena diletakkan di dalam empat cabang pemancar bagi memastikan rangkaian WiFi yang baik dapat dinikmati oleh pengguna. Secara keseluruhan penghala ini boleh menyokong sehingga sambunga 16 peranti secara serentak. Terdapat juga sebuah mod gaming yang memastikan kelajuan terpantas dinikmati ketika bertarung di dunia maya.

Jika pengguna mempunyai penghala lain keluaran Xiaomi sebelum ini, ia boleh digabungkan menjadi rangkaian mesh. Sebuah cip Qualcomm empat teras dengan dua teras NPU digunakan dengan sistem kipas terbina memastikan ia sentiasa sejuk. Lampu LED juga diletakkan pada bahagian atas untuk membuatkannya kelihatan garang. Di China Xiaomi AX9000 dijual pada harga RMB 999 (~RM631) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd