Xiaomi Umum Kerangka Belakang Yang Berubah Warna Dibawah Cahaya Matahari

Xiaomi Umum Kerangka Belakang Yang Berubah Warna Dibawah Cahaya Matahari

Diterbitkan pada Mac 29, 2021 oleh .

Xiaomi hari ini memperkenalkan sejumlah peranti baru, termasuk beberapa aksesori untuk melengkapkannya. Salah satunya adalah kerangka luar tambahan untuk Mi 11 Lite.

Xiaomi Mi 11 Lite dilihat difokuskan sebagai produk gaya hidup, dan ditujukan kepada pengguna muda. Melengkapkannya juga, sebuah kerangka belakang diperkenalkan oleh Xiaomi.

Menariknya, kerangka ini dilihat hadir dengan integrasi ciri seumpama fotokromik, dimana ia berubah warna apabila didedahkan pada cahaya matahari.

Dengan ini, ia membolehkan pengguna menikmati dua warna kerangka berbeza pada satu produk sama.

Di China, kerangka luar ini dijual pada harga RMB69, iaitu sekitar RM44.


Paling Popular