Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini telah memperkenalkan sejumlah peranti baharu untuk pasaran China dan juga global. 

Apa pun, ketika pelancaran, salah satu peranti dilihat tidak akan hadir untuk pasaran global, iaitu Mi 11 Pro.

Mi 11 Pro hadir dengan skrin 2K, dijana cip Snapdragon 888, dilengkapi sokongan kalis air, dan juga kamera 50MP GN2 dan pengecasan nirwayar 67W.

Mungkin dengan adanya penawaran Mi 11 Ultra, pihak Xiaomi ingin memfokuskan kepada satu model sahaja, dan memudahkan lagi pengguna global untuk membuat pilihan.

Buat masa ini, pihak Xiaomi Malaysia sekadar mengatakan mereka merancang membawa masuk semua produk baru yang telah dilancarkan untuk peringkat global. Maklumat lanjut dijangka dikongsikan dan mungkin berubah mengikut keadaan dan perancangan semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd