Carian
Visa Umum Ujian Rintis Untuk Transaksi Menggunakan Kriptowang USDC
March 30, 2021 Aman

Visa kini mengumummkan mereka sedang melakukan ujian rintis untuk menerima transaksi melalui kriptowang USDC dibawah rangkaian mereka.

Untuk makluman, USDC merupakan salah satu bentuk stablecoin yang berasaskan kepada nilai matawang US.

Visa akan bekerjasama dengan platform pembayaran Crypto.com untuk menjayakan perkara ini, dan dijangka akan memperluaskannya kepada platform lain pada masa akan datang.

Menurut Visa, sehingga kini, sebarang pembayaran atau transaksi ke rangkaian mereka memerlukan pembayaran menggunakan mata wang fiat – yang mungkin menyukarkan pembayaran menggunakan matawang kripto atau digital. Dengan langkah sokongan USDC, ia memudahkan pembayaran terus menggunakan kriptowang tanpa perlu mengubahnya kepada mata wang fiat.

Penggunaan kriptowang USDC juga memudahkan proses berkenaan, memandangkan ia berasaskan nilai matawang US, dan memudahkan proses perbandingan dan tukaran nilai.

Komen