Realme Cooling Back Clip Turut Diperkenalkan Seiring Aksesori Gaming Lain – Harga Serendah RM9.90

Diterbitkan pada Mac 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .


Seiring pengenalan Realme Narzo 30A, jenama ini turut hadir dengan beberapa penawaran aksesori memfokuskan permua untuk pengguna di Malaysia. Antara produk yang diperkenalkan termasuklah Realme Cooling Back Clip, Realme Mobile Game Finger Sleeves dan Realme Mobile Game Controller.

Bagi yang berminat, Realme Cooling Back Clip dijual pada RM149, Realme Mobile Game Controller berharga RM99/seunit dan Realme Mobile Game Finger Sleeves pula ditawarkan pada RM29. Jualan pertama untuk Realme Cooling Back Flip dan Realme Mobile Game Controller akan bermula pada 4 April 2021 dan ia boleh diboleh dibeli pada harga lebih rendah menerusi Shopee.

Di mana, Realme Mobile Game Finger Sleeves pada harga RM9.90, sementara itu Realme Cooling Back Clip pula berharga RM99. Seperti biasa, harga promosi terhad untuk jualan pertama sahaja. Untuk Realme Mobile Game Controller pula, ketersediaannya akan diumumkan kelak.

Bercakap mengenai Realme Cooling Back Clip, ia bertujuan sebagai aksesori untuk menyejukkan peranti sewaktu ia digunakan untuk permainan dalam tempoh yang lama. Realme Cooling Back Clip boleh dipasang pada bahagian belakang peranti dan ia turut dihiasi dengan pencahayaan RGB yang menarik.

Selain itu, ia juga mempunyai tujuh bilah kipas yang dikatakan mampu untuk menurunkan suhu pada peranti dengan efektif. Secara teorinya, Realme mengatakan ianya mampu mengurangkan suhu daripada 53°C ke sekitar 25°C meskipun digunakan dengan lama. Realme turut mengatakan aksesori ini juga serasi untuk digunakan pada peranti iPhone dan Android lain.

Seterusnya, Realme Mobile Gaming Controller. Ia merupakan alat kawalan tambahan pada peranti pintar. Ia juga dilengkapi CapAir Mapping Technology – yang mana Realme mendakwa ianya mampu meningkatkan prestasi permainan dengan lebih baik – menerusi sokongan beberapa kekunci pintas tambahan yang responsif. Tidak terhad untuk peranti Realme sahaja, tetapi turut boleh digunakan pada kesemua peranti Android lain serta iPhone.

Akhir sekali, Realme Mobile Game Finger Sleeves. Ia sekadar sarung yang menutupi ibu jari pemakai yang diperbuat daripada bahan fabrik. Ia juga dikatakan mampu memberikan cengkaman yang baik dan mengelakkan isu kelembapan daripada jari berpeluh – sekaligus memastikan skrin akan sentiasa kering ketika bermain.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami