Dalam masa beberapa tahun sahaja, kita boleh lihat bahawa inovasi kamera pada telefon pintar kini lebih maju dalam usaha untuk memberikan keupayaan rakaman yang semakin hampir dengan kamera sebenar. Sesuai dengan slogan “Dare to Leap”, realme adalah antara syarikat pengeluar peranti pintar yang berjaya melonjak naikkan jenama mereka dengan agresif dalam arena teknologi terkini. Malah, baru-baru ini mereka telah melancarkan realme 8 Pro di mana ia merupakan sebuah telefon pintar yang memfokuskan kepada keupayaan kamera dan dikatakan mampu untuk menghasilkan rakaman yang lebih berkualiti.
Menyokong Kuad Kamera Ultra 108MP Bersama Sensor ISOCELL HM2
Telefon pintar realme 8 Pro ini hadir dengan sokongan kuad kamera yang menggabungkan sensor 108MP untuk rakaman utama, 8MP untuk sudut ultra lebar, 2MP untuk rakaman potret dan 2MP untuk rakaman makro. Manakala bagi rakaman swafoto pula, ia menyertakan sensor 16MP. Untuk pengetahuan anda, realme 8 Pro ini merupakan peranti pertama oleh realme yang menggunakan sensor sebesar 1/1.52 inci daripada ISOCELL HM2 yang turut menyokong rakaman 108MP dengan resolusi sehingga 12000×9000. Melalui teknologi ISOCELL Plus, sensor ini dapat membantu untuk mengurangkan masalah yang sering kita alami ketika membuat penggambaran dan dalam masa yang sama memberikan pewarnaan yang jitu kerana nilai ISO pada sensor ini telah ditingkatkan sehingga 15% lebih tinggi.
Ia juga menggunakan teknologi Smart-ISO dan Pixel Binning 9 dalam 1 untuk meningkatkan kualiti gambar apabila mengambil rakaman dalam situasi kurang pencahayaan. Gabungan sensor ini yang hadir bersama bukaan aperture f/1.88 ini sangat membantu untuk menghasilkan gambar yang lebih cantik di pelbagai situasi. Pelbagai mod rakaman yang anda boleh hasilkan. Antaranya adalah:












Rakaman zum 3x – Menyokong untuk menghasilkan rakaman zum 3X bersaiz 12MP dan algoritma Clarity Enhancement yang ada pada kamera ini akan menggabungkan beberapa rakaman untuk menghasilkan gambar 3x zum yang lebih tajam dan cantik.
Dynamic Bokeh – Dapat menonjolkan subjek utama dengan meletakkan kesan kabur pada latar belakang subjek.
AI Color Portrait – Memisahkan subjek utama dengan latar belakangnya dengan meletakkan warna pada subjek utama serta warna hitam dan putih pada latar belakangnya.
AI Portrait Baharu – Algoritma pada fungsi ini akan membuat pengecaman pada persekitaran anda untuk mendapatkan rakaman yang lebih berkualiti.
16MP Selfie Portrait – Pelbagai mod rakaman swafoto yang boleh dilakukan, antaranya adalah mod potret, AI Beauty, dan Super Nightscape.
Rakaman Dengan Pewarnaan Yang Lebih Jitu Pada Waktu Malam




Dahulu, jika kita ingin merakamkan pemandangan indah pada waktu malam, fungsi yang sedia ada pada sesebuah telefon pintar hanyalah flash sahaja untuk membantu menghasilkan rakaman yang jelas walaupun di persekitaran yang gelap. Namun setelah menjalani pelbagai inovasi, kebanyakkan telefon pintar sekarang hadir dengan beberapa fungsi mereka tersendiri yang dapat membantu menghasilkan rakaman malam yang lebih berkualiti. Bagi realme 8 Pro, pelbagai rakaman mod malam yang boleh anda gunakan. Antaranya adalah:
Super Nightscape – Fungsi ini telah dikemaskini kepada generasi ke lima yang menggabungkan 3 teknologi, iaitu ISOCELL Plus, Smart ISO dan Pixel Binning 9-dalam-1 untuk menghasilkan rakaman gambar malam yang lebih jelas, cantik dan berkualiti.
Starry Mode – Mod ini dibantu oleh algoritma yang ada pada telefon pintar ini untuk menghasilkan rakaman malam yang lebih terang dan kurang kesan hingar.
Mudah Untuk Menghasilkan Pelbagai Karya Video Yang Berkualiti
Selain rakaman gambar, kualiti rakaman video pada realme 8 Pro ini juga boleh dikatakan memuaskan kerana dibantu oleh beberapa mod rakaman video yang mudah untuk digunakan. Antara mod rakaman video yang ada pada realme 8 Pro ini adalah :
Starry Time-Lapse Video – realme 8 Pro ini adalah telefon pintar pertama di dunia yang menyertakan fungsi ini. Ia menyokong untuk menghasilkan rakaman video selang masa (time lapse) dimana 15 gambar terakhir akan diambil dan digabungkan untuk menghasilkan video selang masa dengan kelajuan 30fps.
Tilt-shift Time-lapse Video – Menurut realme, mereka juga adalah jenama pertama di dunia yang hadir dengan sokongan video selang masa pada fungsi tilt-shift ini. Fungsi ini membolehkan anda untuk merakamkan pemandangan dengan lebih luas dan memberi ilusi perspektif seperti miniatur. Melaluinya, anda boleh menghasilkan video tilt-shift time-lapse dengan kelajuan 10x untuk dapatkan suatu komposisi yang unik.
Ultra Nightscape Video – Fungsinya sama seperti mod penggambaran malam tadi, yang mana ia dibantu oleh teknologi AI untuk mendapatkan rakaman video pada waktu malam yang lebih jelas dan cantik.
Dual View Video – Fungsi ini membolehkan anda untuk melihat diri anda melalui tetingkap kecil bagi kamera swafoto sambil menggunakan kamera belakang dalam satu masa yang sama.

Selain dari kamera berkeupayaan tinggi pada realme 8 Pro ini, skrinnya juga memainkan peranan penting bagi anda yang meminati bidang fotografi. Di sini realme memilih skrin Super AMOLED FHD+ bersaiz 6.4 inci untuk memberi pengalaman fotografi yang lebih memuaskan. Selain itu, realme 8 Pro juga hadir bersama saiz memori 8GB RAM, storan 128GB dengan sokongan mikro SD dan bateri berkapasiti 4,500mAh yang mampu membuat pengecasan penuh dalam masa 47 minit sahaja. Ini kerana ia menggunakan teknologi SuperDart charge dengan keupayaan 50W. Jadi, bagi anda yang berminat, boleh dapatkan telefon pintar ini pada harga RM1,299 melalui laman rasmi realme atau pengedar-pengedar rasmi mereka di seluruh Malaysia bermula 1 May 2021 ini.
Penafian: Advertorial daripada realme Malaysia