Samsung Galaxy Buds adalah siri aksesori audio jenis TWS dari Samsung. Ia sudah hadir dengan banyak jenis, yang mana yang terkini adalah Galaxy Buds Pro. “Pro” adalah versi yang lebih mahal dengan sokongan pembatalan hingar aktif dan mempunyai banyak ciri dan fungsi menarik agar boleh bersaing dengan jenama lain.
Terkini, Samsung dilihat mungkin akan hadir dengan versi kemaksini yang mungkin akan menggunakan nama Galoaxy Buds2. Menurut Android Police yang menemui petunjuk ini dari aplikasi Galaxy Wear yang dinyahkod, TWS ini menggunakan kod nama berry. Apa yang menarik dengan Galaxy Buds2 adalah, ia dikatakan akan menyokong tambatan ke banyak peranti. Lain-lain butiran masih menjadi misteri.
Sama-sama kita nantikan pengenalan Galaxy Buds2 ini tidak lama lagi. Ia mungkin akan diperkenalkan dalam acara Unpacked untuk Galaxy Z Fold3 dan Z Flip2 atau Z Flip3 baharu kelak.