Cari @ Amanz

Files by Google atau Files Go sebelum ini adalah aplikasi pengurus fail tersendiri daripada Google. Ia berbeza dengan aplikasi File yang sedia ada dalam peranti Android. Itu lebih kepada penggunaan asas seperti untuk mengakses fail muat turun atau sumber untuk mencari fail dari dalam peranti jika sesebuah aplikasi meminta akses.

Perkara menarik lain mengenai aplikasi ini adalah, ia juga menyokong perkongsian fail secara nirwayar untuk memindahkan fail antara dua peranti dengan lebih mudah. Walaupun Google telah memperkenalkan Nearby Share, aplikasi Files by Google dilihat masih popular dan dimuat turun oleh ramai orang. Terkini, aplikasi ini telah mencapai lebih 1 bilion muat turun.

Adakah anda antara yang memuat turun fail ini dan menggunakannya? Saya masih menggunakannya kadangkala, untuk mencari APK dengan lebih mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd