Cari @ Amanz

Roborock adalah jenama robot vakum yang agak popular. Tetapi ia tidak begitu terkenal di pasaran tempatan kerana dibanjiri dengan banyak set import robot vakum Xiaomi, set rasmi dari Samsung, dan lain-lain lagi. Roborock antara yang hebat dalam industri “robot” untuk jenis vakum bagi tujuan pembersihan lantai dan ada juga yang boleh melukan pembersihan pada karpet.

Terkini, Roborock Malaysia membawa masuk model terbaru iaitu Roborock S7. Robot vakum terbaru merekla ini mempunyain sokongan mop dengan tahap menggosok yang kuat sehingga 1650 kali seminit sehingga 3000 kali seminit. VibraRise tutut diperkenalkan untuk mop terus terangkat jika karpet dikesan melalui sensor. Jika robot kembali ke pengecas, mop juga turut akan terangkat agar lantai tidak basah selepas dibersihkan. Dengan sensor dan juga teknologi VibraRise, robot ini boleh membersih kedua-dua permukaan sebelah-menyebelah antara lantai dan karpet.

Berus baru turut diberikan untuk kuasa menggosok yang lebih jebat agar kotoran kasar mudah hilang dan turut dipadankan dengan kuasa sedutan 2500Pa juga untuk sedut habuk-habuk besar. Bateri adalah 5200mAh dengan ketahanan 3 jam pembersihan tanpa henti. Seperti kebanyakan robot vakum, Roborock S7 juga menyokong kawalan aplikasi untuk peranti iOS dan Android. Menjadikan robot vakum ini lebih pintar adalah, ia juga dikira sebagai peranti berhubung kerana sentiasa bersambung pada Internet dan boleh dikawal dengan pelbagai pembantu digital.

Harga jualan di Malaysia adalah RM4599, tetapi Roborock menawarkan harga promosi RM2199 dan yang terawal boleh membeli pada harga RM2099.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd