Harga Komputer Riba Dijangka Meningkat Sebanyak 10 Peratus Dalam Masa Terdekat – Pasaran Malaysia Turut Terkesan

Harga Komputer Riba Dijangka Meningkat Sebanyak 10 Peratus Dalam Masa Terdekat – Pasaran Malaysia Turut Terkesan

Diterbitkan pada Mac 30, 2021 oleh .

Wabak COVID-19 yang membelenggu keseluruhan tahun 2020 dan masih tidak melihat sebarang petanda akan berkurangan pada tahun ini telah menyebabkan permintaan dan penjualan komputer riba meningkat dengan mendadak pada tahun lepas dan suku pertama tahun ini.

Baru-baru ini, Taiwan Economic Daily melaporkan bahawa terdapat kebarangkalian tinggi bahawa harga komputer riba akan meningkat sebanyak lima ke sepuluh peratus seawal suku kedua tahun ini akibat permintaan yang tinggi dan bekalan yang tidak mencukupi.

Jason Chen, pengerusi Acer mengatakan bahawa akibat wabak COVID-19 ini, walaupun penjualan PC dan komputer riba berada pada tahap tinggi, mereka hanya mampu memenuhi permintaan satu daripada tiga pelanggan yang ingin membeli komputer-komputer riba mereka.

Laporan tersebut turut mengatakan bahawa ASUS juga menghadapi kesukaran untuk memenuhi permintaan para pelanggan mereka, walaupun mereka telah melancarkan sejumlah besar model komputer riba dengan cip pemprosesan dan kad grafik baru keluaran AMD, Intel dan NVIDIA tidak lama dahulu.

Kesukaran mendapatkan bekalan komponen juga adalah diantara sebab utama harga komputer-komputer riba akan meningkat, dan oleh kerana pelbagai sebab ini, kedua-dua syarikat ini akan dipaksa untuk meningkatkan harga penawaran peranti mereka.

Jurucakap Acer Malaysia mengatakan bahawa faktor-faktor kekurangan bekalan komponen, permintaan pengguna yang semakin meningkat dan juga nilai matawang Amerika Syarikat yang semakin kuat akan menyebabkan harga komputer-komputer riba untuk meningkat, walaupun untuk pasaran tempatan.

Seorang jurucakap daripada ASUS Malaysia juga memberitahu kami perkara yang sama dimana kesukaran untuk mendapatkan bekalan komponen yang diperlukan kebarangkalian besarnya akan menyebabkan peningkatan harga peranti untuk pengguna tempatan.


Paling Popular