MediaTek Ialah Pengeluar Cip Pemproses Telefon Pintar Terbesar Sepanjang 2020

Diterbitkan pada Mac 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun lalu bukanlah tahun yang baik untuk pengeluar telefon pintar. Kerana pandemik, pengeluaran peranti turut selepas beberapa tahun menunjukkan peningkatan. Bagaimana pula impaknya kepada pembekal cip? Menurut laporan DigiTimes, sepanjang 2020 MediaTek menjadi pengeluar cip telefon pintar terbesar memintas Qualcomm.

Tahun lalu sebanyak MediaTek mengeluarkan 351.8 juta cip kepada pengeluar dan adalah peningkatan mendadak dari 238 juta dari tahun 2019. Ini adalah bersamaan dengan 27.2 juta pegangan pasaran cip 2020.

Xiaomi ialah pengeluar yang paling banyak menggunakan cip MediaTek dengan 63.7 juta cip diikuti pula oleh Oppo (55.3 juta) dan Samsung (43.3 juta). Peningkatan pengeluar cip MediaTek adalah kerana pengguna mencari peranti yang dijual pada harga lebih mampu milik dalam situasi ekonomik yang tidak menentu akibat pandemik. Selain itu mereka menerima pesanan lebih tinggi dari Huawei yang terpaksa mencari pengeluar cip pihak ketiga selepas tidak lagi mampu menghasilkan cip HiSilicon akibat sekatan ekonomi Amerika Syarikat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami