Aplikasi AirAsia Kini Hadir Dengan Integrasi Naluri Food Journal Untuk Amalan Gaya Hidup Lebih Sihat

Aplikasi AirAsia Kini Hadir Dengan Integrasi Naluri Food Journal Untuk Amalan Gaya Hidup Lebih Sihat

Diterbitkan pada Mac 30, 2021 oleh .

Aplikasi AirAsia kini adalah sejenis super app yang mana adalah usaha memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Pengguna boleh mengakses pelbagai produk dan perkhidmatan termasuk perjalanan, e-dagang dan urusan kewangan.

Terkini, aplikasi AirAsia telah dikemaskini dengan integrasi Naluri Food Journal pula untuk amalan pemakanan yang lebih sihat. Dengan wabak Covid-19 yang masih belum reda, semua orang perlu menjaga kesihatan masing-masing. Antara yang mudah dilakukan adalah penjagaan pemakanan agar boleh ke arah gaya hidup lebih sihat. Naluri memberikan penilaian makanan yang dikuasakan oleh sistem kecerdasan buatan tersendiri dan turut memberikan nasihat pemakanan dan diet daripada pasukan Naluri yang terdiri daripada pakar berdaftar.

Naluri Food Journal adalah sebahagian daripada perkhidmatan Nutrition Improvement Program yang ditawarkan oleh Naluri. Melaluinya pakar psikologi klinikal, kaunselor, jurulatih kecergasan, ahli farmasi, penasihat perubatan, dan pakar pemakanan berdaftar semuanya membantu menjayakan integrasi ini. Pengguna boleh menurunkan berat badan, mengawal jumlah kalori yang diambil setiap hari dan banyak lagi.

Azran Osman-Rani, iaitu pengasas Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Naluri sebelum ini pernah berkhidmat sebagai CEO untuk AirAsia X dan juga CEO iFlix. Selepas itu pada tahun 2017 beliau keluar dari iFlix dan tubuhkan Naluri.Life. Sekali lagi, beliau membantu menjayakan produk AirAsia – cuma kini ke arah yang berlainan.

Naluri Food Journal boleh diakses pada aplikasi AirAsia dengan mudah. Untuk menggunakannya, hanya ikuti arahan pada skrin untuk memulakan amalan gaya hidup sihat. Buat masa ini, perkhidmatan ini percuma digunakan. Jadi ada kemungkinan besar kelak, perkhidmatan ini memerlukan bayaran atau langganan.

Muat Turun Aplikasi AirAsia di Play Store

Muat Turun Aplikasi AirAsia di App Store


Paling Popular