Cari @ Amanz

Tahun ini, Huawei masih belum ada telefon pintar atau tablet lagi. Huawei P50 pun dilaporkan akan tunda ke bulan Mei atau Jun dan Mate X2 sehingga hari ini masih belum ada khabar untuk pelancaran di Malaysia. Tablet mercu mereka adalah MatePad Pro, yang mana Huawei akan melancarkan pengganti tahun ini.

MatePad Pro 5G

MatePad Pro 2 mungkin adalah nama tablet tersebut dan menurut ITHome, tablet ini akan menjadi tablet pertama dengan sistem operasi Harmony OS. Cip pula dikatakan masih Kirin 9000 dan akan mempunyai dua variasi iaitu 12-inci dan 12.6-inci. Panel skrin 12.2 inci dikatakan adalah dari TCL dan 12.6-inci pula adalah Samsung dan kedua-dua menyokong kadar segar semula tinggi.

Dengan Harmony OS Developer Beta 3 akan hadir pada hujung Mac, versi stabil dikatakan akan tiba pada April seiring dengan pelancaran tablet ini. Menurut sumber, tablet ini mungkin akan diperkenalkan pada peringkat global seawal 27 April. Sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd