Niantic Mengacah Kehadiran Kaca Mata AR Tersendiri – Khusus Untuk Pokémon GO?

Diterbitkan pada Mac 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Niantic adalah syarikat yang menghasilkan permua Pokémon GO, yang mana adalah permua yang sangat popular. Sebelum Pokémon, mereka telah buktikan kejayaan permua realiti terimbuh ini melalui Ingress. Permua seperti ini memberikan pengalaman bermain yang imersif dan berbeza dengan permua lain.

Realiti terimbuh atau AR kini menjadi fokus kepada banyak syarikat teknologi besar, seperti Apple dan Facebook. Microsoft juga sama dengan HoloLens mereka, yang mana turut bekerjasama dengan Niantic untuk Pokémon GO dijalankan pada set kepala AR tersebut. Kini, giliran Niantic pula untuk hadir dengan peranti AR tersendiri. Berdasarkan imej yang diciap oleh CEO Niantic – John Hanke, Niantic akan hadir dengan kaca mata AR tersendiri.

Imej ini kurang jelas, tetapi ia dilihat seakan kaca mata dan juga set kepala kerana kelihatan seakan fabrik velkro dan juga lensa kaca mata. Ia mungkin jenis hibrid? Niantic akan bekerjasama dengan Qualcomm untuk menggunakan platform Snapdragon XR seperti Oculus Quest 2 yang dijana Snapdragon XR2.

Niantic turut sedang mencari Ketua Jurutera Sistem Operasi AR, jadi ia mungkin akan menggunakan sistem operasi tersendiri. Adakah ini kaca mata AR khas untuk bermain permua-permua AR Niantic? Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami