Cari @ Amanz

Apple Akan Mengadakan Acara WWDC 2021 Pada 7 Jun – iOS 15 Dijangka Diumum Bersama Lain

Oleh Aman

Link Copied!

Apple kini mengumumkan mereka akan mengadakan acara tahunan WWDC 2021 pada 7 Jun 2021 akan datang. Seperti tahun lepas, WWDC 2021 turut akan diadakan secara atas-talian.

Apple kebiasaannya akan memfokuskan kepada sokongan perisian pada acara WWDC, dan mengumumkan sejumlah sistem operasi baharu.

Kita boleh menyasarkan Apple untuk memperkenalkan iOS 15, iPadOS 15, macOS 12, dan watchOS 8 pada acara WWDC 2021 ini.

Kebiasaannya acara ini diadakan dalam membolehkan para pembangun mendapat akses awal, dan memudahkan mereka bersedia dengan pengoptimasian khusus untuk aplikasi sebelum versi akhir sistem operasi berkenaan diperkenalkan sekitar September atau Oktober kelak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan Jun ini untuk melihat sendiri pelbagai kejutan yang disediakan oleh Apple.


Komen ()