Cari @ Amanz

ZTE kini dilihat hadir dengan penawaran beberapa peranti baharu di bawah siri S menerusi pengenalan ZTE S30. Melaluinya, terdapat sehingga 3 model berbeza yang diumumkan – ini termasuklah ZTE S30 Pro, ZTE S30 dan ZTE S30 SE. Ketiga-tiganya membawa sejumlah penawaran menarik yang menjadikan setiap satu daripada model memiliki gaya tarikan masing-masing.

Kita mulakan dengan ZTE S30 Pro. Ia dilengkapi skrin bersaiz 6.67-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz. Selain itu, ia juga menggunakan cip pemproses Snapdragon 768G, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri berkapasiti 4,200mAh dengan pengecasan 55W. Tetapan kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (sudut-lebar) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Sementara itu, kamera swafoto pula sebesar 44-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari sisi, antaramuka MyOS 11 berasaskan Android 11 dan banyak lagi.

Seterusnya, ZTE S30. Ia menggunakan paparan bersaiz 6.67-inci FHD+ LCD dengan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya, ia juga dilengkapi cip mediaTek Dimensity 720, memori 8GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri 4000mAh dengan pengecasan 30W. Sistem kuad-kamera utama turut digunakan dengan sensor 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-lebar) + 5-Megapixel (Makro) + 2-Megapixel (kedalaman) dan kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel.

Akhir sekali, ZTE S30 SE. Ia membawakan skrin bersaiz 6.67-inci FHD+ dengan kadar segar semula standard 60Hz. Selain daripada cip MediaTek Dimensity 700, ia juga menggunakan memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 6000mAh dengan pengecasan 18W. Berbeza dengan ZTE S30 Pro dan ZTE S30, model yang ini hanya dilengkapi tri-kamera utama. Konfigurasi kameranya terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 5-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman). Kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel.

Untuk harga, ZTE S30 Pro dijual pada RMB2998 (~RM1898), ZTE S30 pula berharga bermula RMB2198 (~RM1392) dan ZTE S30 SE ditawarkan pada RMB1698 (~RM1075). Buat masa ini, ketiga-tiga peranti hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd