LinkedIn Mengesahkan Sedang Membangunkan Ciri Seumpama “Clubhouse”

Diterbitkan pada Mac 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Akhir-akhir ini, sejak populariti Clubhouse meningkat naik, pelbagai perkhidmatan sosial lain turut sedang melihat untuk mengintegrasikan ciri lebih  kurang sama. Terbaru, LinkedIn turut mengesahkan yang mana mereka sedang menguji ciri audio sosial seumpama Clubhouse.

Dengan penawaran LinkedIn, ia akan lebih berbeza dan bukan semata-mata berkaitan dengan perbualan audio – tetapi mungkin membolehkan pengguna berbincang berkaitan hal-hal profesional. Hal ini  lebih relevan memandangkan Linkedin akan dikaitkan terus ke profil profesional mereka dan bukannya akaun sosial.

Buat masa ini, LinkedIn tidak memberikan sebarang tarikh pelancaran untuk ciri ini.

Selain LinkedIn, pelbagai perkhidmatan sosial sedang dalam usaha memperkenalkan penawaran mereka tersendiri, termasuk Twitter dengan Twitter Spaces, Telegram dengan Telegram Voice Chat, selain Facebook dan Instagram yang sedang dalam proses pembangunan mereka tersendiri.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami