Carian
Getty Images Mengambil-Alih Platform Perkongsian Gambar, Unsplash
March 31, 2021 Aman

Getty Images, salah satu syarikat yang sedia popular dengan penawaran gambar untuk penerbitan dan pelbagai tujuan pemasaran, hari ini mengumumkan mereka akan mengambil-alih Unsplash.

Untuk makluman, Unsplash merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan kemudahan memuat-turun gambar secara percuma.

Walaupun diambil-alih, Unsplash mengatakan akan menawarkan penawaran gambar percuma seperti biasa, dan mengekalkan bagaimana komuiniti mereka beroperasi pada hari ini.

Menurut Unsplash, sebanyak lebih 2 bilion gambar dimuat-turun setiap bulan melalui Unsplash, dan perkhidmatan mereka digunakan lebih 300 juta pengguna setiap bulan.

Komen