Ujian YouTube Baru Menyembunyikan Angka “Dislike” Untuk Sesuatu Video
March 31, 2021
Lain-lain
Aman
YouTube kini mengumumkan mereka sedang bereksperimen dengan ciri baru yang mana menyembunyikan paparan angka “Dislike” untuk sesuatu video.
YouTube mengatakan langkah ini akan lebih melindungi penerbit kandungan, dan mengelak daripada penerbit kandungan diserang oleh sejumlah golongan yang sengaja menekan butang tersebut tanpa mengira sedang jenis kandungan.
YouTube buat masa ini sekadar menyembunyikan angka dibawah butang “Dislike” berkenaan, dan mengatakan penerbit kandungan masih boleh menyemak angka berkenaan melalui YouTube Studios.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.