Cari @ Amanz

Black Shark 4 sudah pun dilancarkan, tetapi masih tiada khabar bilakah ia akan dijual di Malaysia dan variasi apakah yang akan ditawarkan. Ia dilihat menarik kerana versi asas juga tidak terasing, kerana turut mempunyai butang kawalan pop-naik seperti versi Pro. Dengan skrin yang dikatakan lebih cantik serta cip Snapdragon 870 atau Snapdragon 888, siri Black Shark 4 menarik perhatian orang ramai.

Sementara menantikan kehadiran Black Shark 4, Black Shark Malaysia telah mula memperkenalkan dua aksesori baharu untuk pasaran tempatan. Aksesori ini adalah Monster Gaming Triggers dan juga Gaming Cooler.

Monster Gaming Triggers

Ia adalah aksesori butang kawalan, yang mana mimik seakan butang kawalan pada bahu seakan alat kawalan pada konsol. Tetapi ia dibina dengan lebih premium melalui bahan binaan dawai aloi tembaga-perak dan silikon elektrik. Disebabkan ia adalah butang kawalan yang menggunakan skrin untuk mendaftar kawalan ke butang yang mana hanya permua yang kawalannya boleh diubah sahaja boleh digunakan – tiada sebarang sela masa. Pemasangan juga adalah jenis klip dan tidak mudah tertanggal.

Ia dijual pada harga RM59 sahaja dan boleh dibeli melalui pautan di bawah.

Gaming Cooler

Berbeza dengan model tahun lepas, rekaan kipas penyejuk kali ini adalah lebih elegan dan kemas. Ia juga lebih kecil dan menggunakan rekaan yang tidak mengganggu tangan ketika bermain permua. Kipas ini juga didakwa lebih senyap dengan hanya 36db pada tahap maksimum. Seperti penyejuk sebelum ini, ia juga boleh menyejukkan peranti dengan pantas dengan komponen yang membolehkan proses penyejukan lebih pantas.

Harga jualan adalah RM99, lebih murah dari sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd