Google Melanjutkan Penawaran Panggilan Tanpa Had Percuma Google Meet Sehingga Jun

Diterbitkan pada Mac 31, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Meet merupakan salah satu penawaran daripada Google yang membolehkan pengguna membuat panggilan telesidang, dan berbincang dengan sesiapa sahaja – termasuk rakan sekerja atau kawan sekelas, dan sebagainya.

Ia diperkenalkan dengan penawaran percuma selama 60 minit. Namun, disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, Google tidak mengaktifkan had panggilan berkenaan, dan membolehkan semua pengguna melakukan panggilan tanpa had secara percuma.

Apa pun, disebabkan ramai yang masih bekerja dan belajar dari rumah, kini Google dilihat sekali lagi melanjutkan penawaran panggilan tanpa had percuma Google Meet. Melalui pengumuman hari ini, Google Meet akan ditawarkan secara percuma sehingga Jun 2021 ini.

Bagi anda yang menggunakan Google Meet, boleh kekal menggunakannya dan menikmati panggilan tanpa had (sehingga 24 jam) sehingga Jun 2021 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami