Cari @ Amanz

Apple sedia mengumumkan bakal mengadakan acara WWDC 2021 pada bulan Jun ini, dan terbaru, kini menurut laporan Bloomberg, Apple diperkatakan akan memperkenalkan set kepala realiti gabungan tersendiri dalam masa beberapa bulan lagi.

Ini sekaligus akan menjadikan pengenalan peranti kategori baharu oleh Apple sejak tahun 2015 yang lepas.

Ia diperkatakan Apple berharap agar dapat mengumumkan peranti berkenaan melalui sebuah acara bersemuka dan bukannya secara maya. Hal ini mungkin kerana ingin memberikan pengalaman penggunaan set kepala berkenaan – sekaligus memudahkan lagi mesej disampaikan berbanding acara secara atas-talian.

Mengikut laporan sebelum ini, Apple dijangka memperkenalkan set untuk pembangun terlebih dahulu, sebelum menawarkan set komersil untuk para pengguna awam.

Dengan laporan terbaru berkenaan set kepala realiti gabungan Apple ini, sama-sama kita nantikan kejutan yang bakal dibawakan oleh Apple, dan inovasi yang disertakan bersama-sama dengannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd