Carian
Aplikasi Cortana Tidak Lagi Berfungsi Pada Telefon Pintar Hari Ini
April 1, 2021 Effi Saharudin

Bukan jenaka April Fool tetapi aplikasi Cortana peranti Android dan iOS tidak akan lagi beroperasi bermula hari ini. Microsoft telahpun mengumumkan penghentian sokongan aplikasi tahun lalu tetapi ianya hanya dinyahaktifkan tengah malam tadi. Dengan ini pengguna tidak lagi boleh memberikan arahan suara dan sokongan pada peranti yang menyokongnya juga dihentikan.

Tetapi ini tidak bermakna Cortana terkubur. Sebaliknya integrasi Cortana yang lebih baik kini boleh dinikmati pada kesemua aplikasi Microsoft 365 da juga Teams. Pengguna masih boleh memberikan arahan suara kepada Cortana dalam aplikasi untuk mengingatkan tarikh dalam jadual, emel dan banyak lagi.

Sejak ditawarkan sebagai aplikasi telefon pintar pada tahun 2018, penggunaan Cortana adalah rendah jika dibandingkan dengan Alexa, Assistant dan Siri. Kerana itulah Microsoft menghentikan sokongan pembantu maya mereka yang pada waktu ini masih disokong pada sistem operasi Windows 10.

Komen