Carian
Pusat Internet Komuniti Akan Digerakkan Sebagai PusatBantu Daftar Penerima Vaksin Covid-19
April 1, 2021 Aman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini mengumumkan, mereka akan menggunakan Pusat Internet Komuniti di seluruh negara sebagai pusat bantuan dalamm usaha membantu orang ramai untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.

Usaha ini memfokuskan kepada orang ramai yang menghadapi kesukaran, termasuk warga emas.

Dengan langkah ini, warga Pusat Internet Komuniti akan membantu dalamm proses pendaftaran, selain turut akan memaklumkan orang awam berkenaan dengan pendaftaran vaksin Covid-19.

Ini secara tidak langsung dijangka akan turut meningkatkan tahap kesedaran orang ramai berkenaan dengan proses vaksinasi, dan kepentingannya.

Bagi anda yang sedia mempunyai akses kepada aplikasi MySejahtera, anda digalakkan untuk mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera hari ini.

Komen