Carian
Discord Hadir Dengan Ciri Seumpama Clubhouse – Dinamakan “Stage Channels”
April 1, 2021 Aman

Dengan pelbagai aplikasi bersaing untuk menambah ciri audio, terbaru Discord telah menambah ciri baharu dinamakan sebagai Stage Channels.

Stage Channels kini ditawarkan pada Windows, macOS, Linux, iOS, Android dan juga web.


Berbeza dengan ciri perbualan suara sedia ada pada Discord, melalui Stage Channel, ia membolehkan hanya beberapa orang sahaja bercakap pada sesuatu masa – sementara yang lain sekadar mendengar sahaja. Anda turut boleh menyertainya dengan klik pada butang “angkat tangan”, dan memberikan pendapat – lebih kurang seperti Clubhouse.

Dengan pengenalan ini, ia sekaligus membuatkan Clubhouse menjadi  antara yang terawal dalam menawarkan perkhidmatan perbualan suara seumpama “Clubhouse” pada multi-platform dan bukan khusus untuk sesuatu platform sahaja seperti Clubhouse atau Twitter Spaces.

Komen