TSMC Akan Meningkatkan Pelaburan Dalam Pembangunan Kilang Dan Pusat R&D Baru Ke $100 Bilion

TSMC Akan Meningkatkan Pelaburan Dalam Pembangunan Kilang Dan Pusat R&D Baru Ke $100 Bilion

Diterbitkan pada Apr 1, 2021 oleh .

Taiwan Semiconductor Manufacturing Company ialah satu-satunya syarikat pengilang cip pemprosesan yang mampu membangunkan cip-cip pemprosesan berkuasa daripada syarikat-syarikat seperti AMD, NVIDIA, Qualcomm, Apple dan sebagainya.

Oleh kerana permintaan cip pemprosesan yang semakin tinggi, kilang-kilang yang sedia ada tidak mencukupi, dan sebelum ini, TSMC telah mengumumkan bahawa mereka akan melaburkan $20 bilion (~RM80 bilion) untuk membangunkan dua pusat penyelidikan dan kilang di Amerika Syarikat untuk membendung masalah kekurangan bekalan CPU ini.

Terkini, Bloomberg telah melaporkan bahawa TSMC akan meningkatkan jumlah pelaburan tersebut ke $100 bilion (~RM400 bilion) dalam masa tiga tahun. Peningkatan pelaburan ini adalah berdasarkan beberapa faktor, termasuklah peningkatan permintaan untuk masa hadapan, dan untuk menggaji beribu orang pekilang dan penyelidik untuk memenuhi permintaan masa kini dan masa hadapan.

12 bulan yang lepas, kilang-kilang TSMC sedia ada telah beroperasi pada kapasiti melangkaui 100 peratus. Selain daripada industri peranti pintar, TSMC juga terpaksa menggunakan kepakaran mereka untuk membangunkan cip-cip pemprosesan dan semikonduktor yang diperlukan untuk menguasakan industri automotif global.


Paling Popular