Google tahun ini membatalkan pelbagai idea kreatif dan jenaka April Fool – sekaligus membuatkan Google membatalkan jenaka April Fool mereka untuk tahun kedua berturut-turut.
Sebelum ini, Google sedia terkenal dengan penawaran pelbagai jenaka bersempena April Fool dengan idea-idea “gila” berkaitan teknologi.
Google sebelum ini membatalkan jenaka April Fool pada 2020 disebabkan oleh penularan Covid-19, dan untuk tahun 2021 ia dibatalkan kerana pelbagai pihak masih menghadapi cabaran dan masih menyesuaikan diri dengan keadaan semasa, maka jenaka April Fool turut dibatalkan untuk 2021 ini.