Acara Jerayawara Computex 2021 Dibatalkan – Akan Diadakan Secara Maya

Acara Jerayawara Computex 2021 Dibatalkan – Akan Diadakan Secara Maya

Diterbitkan pada Apr 1, 2021 oleh .

Computex merupakan salah satu acara yang memfokuskan kepada pelancaran pelbagai komputer riba, perkakasan, dan peranti elektronik. Selepas ditangguhkan untuk 2020 yang lepas, kini acara jerayawara Computex 2021 akan  dibatalkan.

Tiada lagi pertemuan secara bersemuka yang akan diadakan, sebaliknya akan dianjurkan secara atas-talian sahaja.

Pihak penganjurnya mengatakan perkara ini terpaksa dilakukan kerana majoriti peserta termasuk syarikat dan media tidak boleh menyertainya disebabkan oleh kawalan sempadan yang masih ketat disebabkan oleh penularan Covid-19.


Paling Popular