Google Mungkin Akan Kembalikan Jalur LED Ikonik Pixel C Pada Chromebook Baharu

Diterbitkan pada Apr 1, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pengguna Pixel sekarang pasti gemar dengan logo berwarna-warni Google. Atau mereka yang gemar konsep Pixel, tetapi tidak mampu atau setia dengan peranti lain akan ada yang membeli pelekat logo G dari Dbrand atau pernah juga saya lihat mereka membuat tempahan khas. Tahukah anda bagaimana penggunaan logo berwarna-warni ini menjadi popular?

Ia popular pada Chromebook Pixel dan juga tablet Pixel C. Ia adalah jalur LED untuk indikasi bateri. Tetapi kedua-dua produk ini sudah bertahu dihentikan. Terkini, Google dilihat mungkin akan mengembalikan penggunaan jalur LED ini pada produk baru mereka. Tetapi, berkemungkinan besar bukannya produk tersendiri Google. Sebaliknya adalah jenama lain yang bekerjasama dengan Google, mungkin Lenovo.

Google Pixel

Dalam kod binaan Chrome OS, terdapat peranti dengan kod nama Lindar tersenarai. Peranti ini ditetapkan akan mempunyai jalur LED yang lebih kurang sama dengan Chromebook Pixel dan Pixel C. Ketika itu, lampu akan menyala apabila peranti dikunci atau ditutup atau juga apabila panel diketuk untuk lihat baki bateri. Buat masa ini masih tidak jelas lagi peranti Lenovo mana akan hadir dengan ciri ini dan adakah penggunaannya sama? Boleh jadi juga Lenovo mungkin menghasilkan peranti untuk Google.

Agak menarik untuk konsep ini dikembalikan selepas banyak telefon Android tiada lampu LED untuk notifikasi. Menggantikan dengan jalur adalah konsep yang hebat. Mana tahu jika ia diminati orang ramai peranti Pixel baru juga boleh diintegrasikan dengan jalur LED ini? Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami